Ahad, 8 November 2009

Sebagai pendidik yang inginkan anak bangsa terus maju dan membangun, akan cuba menggerakkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada bagi memastikan segala peluang dan kemudahan yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya mencapai hasrat murni tersebut. Sebagai Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia, berpandukan iltizam yang tersirat dalam Akta Pendidikan 1996, pindaan 2000, di bawah Seksyen 117 (a) akan memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran warga pendidikan di Institusi Pendidikan berada di tahap memuaskan dan memenuhi usaha untuk mengupayakan insan murid mencapai kecemerlangan dan Standard Kualiti Pendidikan yang tinggi. Pengajaran berasaskan pendekatan Taksonomi Bloom iaitu mencorak dan membentuk soalan berlandaskan elemen kekuatan dan tahap kebolehan insan murid dari segi Kognitif iaitu bermula dari peringkat mudah (Pengetahuan) dan seteruskan ke aras yang lebih sukar iaitu Kefahaman, Aplikasi, Sintisis, Analisis dan Penilaian. Sesungguhnya pembentukan soalan yang berbeza berasaskan aras kesukaran yang berlainan mampu memberi semangat berterusan kepada anak didik untuk mengikuti pembelajaran dengan penuh ceria.